Ahli politik muda berusia 34 tahun, Zohran Mamdani, mencipta sejarah apabila dipilih sebagai Datuk Bandar New York City — menjadikannya pemimpin demokratik sosialis pertama dan Datuk Bandar Muslim pertama dalam sejarah bandar terbesar Amerika Syarikat. Kemenangan ini bukan sahaja simbol penerimaan identiti Islam di pentas global, malah mencerminkan kebangkitan arus politik progresif yang menolak elitisme dan menuntut keadilan sosial, ekonomi dan perumahan untuk rakyat.
